Pahang terlepas tiket final,Kedah mara temu JDT

Penyerang Pahang Dickson Nwakaeme menjerit kepuasan selepas menjaringkan gol ketika menentang Kedah pada perlawanan Piala Malaysia 2019 Separuh Akhir Kedua di Stadium Darul Makmur malam ini. -Foto Bernama
Penyerang Pahang Dickson Nwakaeme menjerit kepuasan selepas menjaringkan gol ketika menentang Kedah pada perlawanan Piala Malaysia 2019 Separuh Akhir Kedua di Stadium Darul Makmur malam ini. -Foto Bernama
A
A
A

BIARPUN mencatatkan keputusan seri,5-5 dalam aksi separuh akhir kedua,skuad Tok Gajah terpaksa berputih mata untuk beraksi di pentas final Piala Malaysia 2019

Dalam perlawanan yang penuh dramatik di Stadium Darul Makmur malam ini,Kedah mara ke perlawanan akhir dengan agregat,8-8 berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan untuk meranapkan impian skuad kendalian Dollah Salleh.

Kedah terlebih dahulu menggegarkan gawang rumah menerusi jaringan kapten pasukan, Fernando Rodriguez hasil umpanan Baddrol Bahktiar pada m-8.

Tersentak dengan jaringan tersebut,pemain tuan rumah menggandakan asakan namun beberapa peluang terhidang gagal dimanfaatkan.

Pahang kembali menyamakan kedudukan menerusi dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan,Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim pada m-33.

Kedudukan kekal hingga tamat separuh babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua,Kedah kembali mengejutkan tuan rumah hasil jaringan penyerang importnya,Jonatan Bauman pada m-54.

Namun Pahang kembali menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerang kelahiran Namibia,Lazarus Kaimbi pada m-71 dan lima minit kemudian,dia sekali lagi menggegarkan gawang Kedah untuk membawa tuan rumah mendahului lawan.

Artikel Berkaitan:

Namun kegembiraan Pahang kembali tercalar selepas Baddrol menambahkan derita buat tuan rumah hasil sepakan percuma pada m-84.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan dan terpaksa mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak memastikan mereka kembali ke depan hasil jaringan,Renan Alves pada m-92.

Pahang tidak berputus asa dan peluang kembali terbuka selepas sepakan penalti berjaya disempurnakan oleh pemain pertahanan,Herold Goulon untuk kembali terikat,4-4 pada m-114.

Namun kealpaan pertahanan tuan rumah mengundang padah selepas Rodriguez membawa Kedah kembali mendahului pada m-117.

Jaringan penyerang Pahang Dickson Nwakaeme sebelum wisel penamat dibunyikan tidak membawa makna buat tuan rumah.

Kedah akan bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk perlawanan akhir saingan piala tersebut di Stadium Bukit Jalil pada 2 November ini.