'Ramai nak jadikan mereka anak angkat'

Kamarul Shahril (tiga dari kiri) akan memikul tanggungjawab menjaga dan membesarkan anak Allahyarham bersama lima lagi adik beradiknya.
Kamarul Shahril (tiga dari kiri) akan memikul tanggungjawab menjaga dan membesarkan anak Allahyarham bersama lima lagi adik beradiknya.
A
A
A

SEREMBAN – “Ramai yang tawarkan diri untuk mengambil anak-anak arwah sebagai anak angkat tapi kami adik beradik nekad memikul tanggungjawab membesarkan mereka," kata Kamarul Shahril Kamarudin,35, apabila kisah abangnya Kamarul Sharizam, 40, yang meninggal dunia tiga jam selepas pulang daripada menunaikan umrah, Selasa lalu tular di media sosial Facebook.

Kesukaran Allahyarham yang berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan untuk membesarkan enam anaknya selepas berpisah dengan bekas isteri dua tahun lalu turut tular selepas dilaporkan sebuah akhbar.

Menurut Kamarul Shahril, walau sukar sekalipun mereka enam beradik sepakat untuk ‘menjaga’ amanah Allahyarham sebaik mungkin.

“Anak sulung Allahyarham yang juga mengalami autisme, Muhammad Haikal akan menetap bersama kakak sulung kerana rumahnya berdekatan dengan sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

“Dua anak arwah iaitu Muhammad Harraz dan Muhammad Azrin Nashriq, 9, akan ditempatkan di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Walidaina yang diuruskan oleh adiknya.

Kamarul Shahril
Kamarul Shahril

“Sementara itu, Qaseh Irdina Qaisara, 7, dan Qaseh Nurqisha Irdani, 4, dijaga sepupu saya manakala Qaseh Al-Qausar, 2, dijaga jiran yang rapat dengan kami dan kini sedang melengkapkan proses mengambilnya sebagai anak angkat,” katanya.

Meskipun dilihat dari mata kasar enam beradik itu kini tinggal berasingan, tetapi masih berada dalam lingkungan ahli keluarga dan di kawasan berhampiran.

Artikel Berkaitan:

Kata Kamarul Shahril, itu juga merupakan keputusan Allahyarham ketika dia masih hidup dan kesemua anak-anaknya telah mula tinggal di situ sebulan sebelum dia menunaikan umrah.

“Dua anak arwah yang sebelum ini tinggal di sekolah tahfiz di Gombak, Kuala Lumpur tapi kami terpaksa pindahkan mereka tinggal di pusat jagaan dikendalikan adik saya Mohamad Zaitullah kerana lebih dekat.

“Memang mereka duduk berasingan tapi semuanya di daerah Seremban sahaja dan mudah untuk mereka berjumpa,” katanya.Haikal alami halusinasi

Ditanya bagaimana keadaan anak Allahyarham, Kamarul Shahril berkata, mereka kelihatan baik sahaja tetapi Muhammad Haikal dilihat kerap termenung dan mula berhalusinasi mendengar suara Allahyarham memanggilnya.

Menurutnya, anak bongsu Allahyarham pula ada kalanya memanggilnya ayah, seperti mahu meluahkan rasa rindu kepada Allahyarham.

Kamarul Sharizam
Kamarul Sharizam

“Mana tidaknya anak-anak ini terlalu rapat dengan ayahnya. Dari luar kita tengok mereka macam biasa saja tapi di dalam siapa yang tahu.

“Saya paling bangga dengan Haikal. Walaupun dia autisme tapi sangat bertanggungjawab jaga adik-adiknya. Saya boleh katakan semasa arwah sakit, 90 peratus Haikal yang uruskan semua adik adiknya,” katanya.Hidup abang sangat menderita

Sementara itu bercerita mengenai Allahyarham semasa hidupnya, Mohamad Zaitullah berkata, hidup abangnya sangat menderita selepas ditinggalkan isteri.

Katanya, dia terpaksa membesarkan enam anak seorang diri yang mana dua daripadanya dikategorikan orang kurang upaya (OKU) sehingga menyebabkan menjejaskan kesihatannya.

“Saya nampak dia lebih banyak menderita dari segi mental. Dia gigih cari rezeki sampai terpaksa bawa anak-anak ke tempat kerja.

“Tapi walau sukar macam mana pun, dia jaga anak-anaknya dengan baik. Bagi saya dia seorang ayah yang hebat. ALLAH ambilnya dalam keadaan yang baik iaitu selepas dia pulang dari umrah dan duduk dalam keadaan tahiyat akhir ketika jatuh dari kereta, cukup beri seribu makna,” katanya.Pesan Ayah

Sementara itu Haikal berkata, sebagai anak sulung antara yang sentiasa dipesan oleh ayahnya ialah menjaga kesemua adik-adiknya dan jangan tinggalkan mereka.

Mengakui sedih kerana selepas ini terpaksa tinggal berasingan namun kata Haikal terpaksa akur.

Walaupun autisme, Haikal sebagai anak sulung mampu menjaga adik-adiknya.
Walaupun autisme, Haikal sebagai anak sulung mampu menjaga adik-adiknya.

“Saya akan tinggal dengan mak cik kerana rumah dia dekat dengan sekolah saya. Tapi, saya agak sedih kerana terpaksa berpisah dengan adik-adik.

“Tapi saya faham kenapa dan harap selalu dapat jumpa dengan mereka. Lagipun ayah selalu pesan supaya jaga dan jangan tinggal adik,” katanya.