Rokok seludup bernilai RM3.6 juta dirampas

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki dan merampas sejumlah 21,650 karton rokok bernilai RM3.6 juta dalam operasi khas membenteras sindiket pengedaran rokok seludup di Sungai Buloh di sini semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, suspek yang ditahan berumur antara 21 dan 45 tahun dengan dua daripadanya merupakan lelaki tempatan, manakala seorang lagi warga Indonesia.

"Bertindak atas maklumat orang awam, polis menjalankan Op Asap di kawasan itu dan selain rokok, kita turut menyita empat buah lori dengan nilai keseluruhan rampasan RM3.8 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Siasatan awal mendapati sindiket ini dipercayai aktif di sekitar Lembah Klang dan suspek yang ditahan kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967. - Bernama

Artikel Berkaitan: