Tak sempat jadi raja sehari

Amir Izzat Mahfar maut akibat kemalangan jalan raya.
Amir Izzat Mahfar maut akibat kemalangan jalan raya.
A
A
A

MERSING - Hanya berbaki dua hari lagi, pasangan pengantin ini bakal diijabkabul namun ALLAH sebaik-baik perancang.

Bakal pengantin, Amir Izzat Mahfar meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 22 Oktober lalu

Tunang mangsa, Nur Husna Haron Narashid berkongsi kisah duka itu menerusi akaun Facebook miliknya dan tular di media sosial.

Kata Husna, "Assalamualaikum semua, mohon sedekahkan al-Fatihah buat tunang saya yang tercinta. Beliau telah meninggal dunia dalam perjalanan untuk 'fitting' baju. Kemalangan berselisih dengan kereta di selekoh berhampiran Politeknik, Mersing.

"Doakan moga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan dipermudahkan segala urusan. Amin," tulisnya.

Kad perkahwinan telah diedarkan dan status Facebook Husna tular di media sosial.
Kad perkahwinan telah diedarkan dan status Facebook Husna tular di media sosial.

Husna juga memberitahu, jenazah berada di Hospital Mersing dan menunggu untuk dituntut keluarga.

"Sedang menunggu ketibaan keluarga arwah untuk proses post mortem. Sekiranya beliau ada berhutang atau apa-apa urusan yang belum selesai, boleh berhubung dengan saya atau keluarga arwah," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Ramai netizen sedih apabila semua tempahan persiapan di majlis perkahwinan dan kad walimatulurus sudah pun diedarkan kepada kenalan rapat dan tarikhnya adalah 26 Oktober ini.

Pada hantaran yang sama netizen turut mengucap takziah di atas pemergian tunang Amir Izzat.