Pesan burger keju, betul-betul dapat keju dan roti saja

Burger keju yang dipesan Tengku Jihan hanya mengandungi roti dan keju tanpa daging. - Foto Twitter Jihan Abdullah 27
Burger keju yang dipesan Tengku Jihan hanya mengandungi roti dan keju tanpa daging. - Foto Twitter Jihan Abdullah 27
A
A
A

SHAH ALAM - "Bila order cheeseburger, betul-betul dapat cheese dan roti je."

Demikian ciapan Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah, anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang pantas menarik perhatian netizen.

Pada hantaran sama, Raja Permaisuri Agong turut membalas ciapan itu, "hahahaa... biar betul!!!"

Difahamkan, Tengku Jihan membeli burger tersebut di sebuah restoran makanan segera, namun apa yang diterimanya hanya semata-mata roti dan keju, tiada daging serta sayuran.

Hantaran itu setakat ini mendapat 14,200 tanda suka dan 6,400 ulang kicau.

Pelayar Twitter turut berseloroh kepada restoran makanan segera itu dengan membalas, "Istana kirim salam."

Kata @ezza2801, "Berkemungkinan pekerja restoran itu tergamam apabila pelanggan mereka adalah Tengku Puteri Jihan. Mesti orang itu lupa nak letak daging burger sebab tengok Tengku Jihan ni," tulisnya.

"Patik rasa, pekerja itu gementar kot menyediakan burger Tengku Puteri sampai terlupa letak daging," kata @khairul_bard pula.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, pelayar Twitter restoran terbabit telah membalas ciapan Tengku Jihan dengan meminta maaf atas perkara itu.

"Hello Jihan. Kami memohon maaf atas pengalaman anda di McDonalds. Kami telah meminta seseorang untuk mesej Tengku bagi mengetahui apa sebenarnya berlaku," tulisnya.