Cabaran 'Jokowi Challenge' kini tular

'Joko Challenge' tular di Indonesia.
'Joko Challenge' tular di Indonesia.
A
A
A

JAKARTA - Gaya duduk Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi semasa memperkenalkan barisan menteri Kabinetnya bagi penggal 2019-2024 semalam tular di media sosial.

Selain menjadi tular, gaya duduk Jokowi turut menjadi perbualan hangat netizen di republik itu kerana ia kelihatan pelik dan sukar untuk ditiru.

Melalui gambar yang tersebar di internet, kaki Jokowi kelihatan amat fleksibel ketika ia berada dalam kedudukan bersilang.

Susulan itu, netizen memulakan cabaran 'Jokowi Challenge' yang memerlukan seseorang meniru gaya duduk Presiden tersebut.

Setakat ini, 'Jokowi Challenge' mendapat sambutan hangat pengguna Instagram.

Ramai netizen termasuk selebriti menyahut cabaran tersebut namun kebanyakannya gagal meniru gaya duduk unik pemimpin Indonesia itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: