Tak sempat agih daun ketum


Mohd Taufik (tengah) menunjukkan sebahagian daun ketum dan cecair ubat batuk yang dirampas dalam dua tangkapan pada Isnin lalu.
Mohd Taufik (tengah) menunjukkan sebahagian daun ketum dan cecair ubat batuk yang dirampas dalam dua tangkapan pada Isnin lalu.
A
A
A

GUA MUSANG - Polis berjaya merampas 480 kilogram daun ketum bernilai RM15,400 dalam dua operasi berasingan di daerah ini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, tangkapan pertama di Taman Tropika pada jam 5.30 pagi selepas polis mengesan sebuah pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan menemui 25 guni putih seberat 200 kilogram berisi daun ketum yang diletakkan di bahagian belakang kenderaan.“Ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia 37 tahun yang berasal dari Pahang itu positif dadah. Siasatan mendapati suspek membawa muatan terbabit dari utara semenanjung untuk pasaran di Pahang.

“Harga 200 kilogram ketum itu bernilai kira-kira RM6,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang hari ini.

Ops Bersepadu Khas pada hari sama turut menahan dua lelaki berusia 32 dan 36 tahun di Kilometer 20, Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada jam 9 pagi.

Katanya, pemeriksaan mendapati suspek yang berasal dari Kota Bharu dan Pasir Mas itu membawa 28 karung plastik hitam seberat 280 kilogram mengandungi daun ketum.

“Polis menemui 100 botol cecair ubat batuk dan setengah botol mineral cecair air ketum dengan keseluruhan rampasan bernilai RM9,400,” katanya.Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: