#viral Jersi Liverpool buat Mufti Wilayah Persekutuan

Dr Zulkifli (dua dari kanan) menerima hadiah jersi Liverpool.
Dr Zulkifli (dua dari kanan) menerima hadiah jersi Liverpool.
A
A
A
SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerima kejutan hadiah berupa jersi pasukan kegemarannya, Liverpool hasil pemberian sepasang suami isteri.

Pemberian jersi pasukan dengan julukan The Reds itu sebagai cenderahati menyempurnakan majlis tahnik bayi kepada pasangan suami isteri tersebut di pejabatnya, pagi tadi.

"Kebiasaannya, pasangan yang datang membawa bayi mereka untuk ditahnik akan membawa cenderahati untuk Pejabat Mufti.

"Cuma, cenderahati kali ini agak unik dan cukup sesuai dengan jiwa saya. Terima kasih ya!," ciapnya di Twitter.

Mufti Wilayah Persekutuan ini sudah diketahui ramai meminati Liverpool malah pemain muslim berasal dari benua Afrika, Mohamad Salah dan Sadio Mane menjadi pemain idola beliau.
Artikel Berkaitan:


Perkongsian itu nyata menarik minat netizen terutama bagi peminat pasukan Liverpool.

Kata @duha10, "Woohoo!!! Sesuai dengan jiwa saya juga tu tuan mufti" ciapnya.

link Twitter - https://twitter.com/drzul_albakri/status/1187201114367639552