Sila log masuk terlebih dahulu.

Teladan daripada kisah Maryam...

WAN HASNI (duduk, tengah) bersama tetamu dan pelajar USIM yang menyertai Women #QuranHour: Wanita Inspirasi Negara sempena Konvenysen Hawa 2019 di USIM, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.
WAN HASNI (duduk, tengah) bersama tetamu dan pelajar USIM yang menyertai Women #QuranHour: Wanita Inspirasi Negara sempena Konvenysen Hawa 2019 di USIM, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.
A
A
A

SURAH Maryam mengabadikan wanita bernama Maryam binti Imran dalam al-Quran. Beliau mempunyai pendirian yang kukuh untuk mempertahankan iman dan kesucian dirinya.

Kisah Maryam turut dinukilkan dalam Surah Ali ‘Imran mengenai ibunya yang berhajat untuk menyerahkan anak yang masih dalam kandungan berkhidmat kepada ALLAH SWT.

ALLAH SWT berfirman: “Ingatlah ketika isteri Imran berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-MU, kandunganku (kelak) menjadi hamba yangmengabdikan diri (kepada-MU), maka terimalah (nazarku). Sesungguhnya, ENGKAULAH yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 35)

Untuk mengambil intipati kisah Maryam, Penasihat Modul Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Ustaz Mohd Harfiz Hamzah mengupas lebih lanjut dalam Sesi Tadabbur Surah Maryam pada Women #QuranHour: Wanita Inspirasi Negara.

USTAZ MOHD HARFIZ
USTAZ MOHD HARFIZ

Program tersebut diadakan sempena Konvensyen Hawa 2019 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sesi 2018/19 dengan kerjasama Rumah Ngaji Negeri Sembilan di USIM, Nilai, Negeri Sembilan pada 11 Oktober lalu.

Menurut Ustaz Mohd Harfiz, Surah Maryam mengandungi pelbagai tema dan intipati yang boleh dijadikan panduan kepada kita. Sempena program berinteraksi dengan al-Quran bertemakan kewanitaan itu, beliau memfokuskan Surah Maryam ayat 16 hingga 32 untuk 'ditadabbur' mengenai warisan agama kepada generasi seterusnya.1. Kekuatan seorang wanita (ayat 16-20)

Maryam keluar dari kampung untuk beruzlah. Tiba-tiba Malaikat Jibril AS yang berupa seorang lelaki sempurna rupa bentuknya datang untuk menyampaikan berita kepada Maryam mengenai anugerah zuriat yang suci. Beliau segera memohon perlindungan kepada ALLAH daripada perbuatan lelaki jahat dan mengharapkan lelaki di hadapannya ialah hamba ALLAH bertakwa. Menjadi kejutan kepada Maryam apabila menerima berita tersebut, sedangkan beliau tidak pernah disentuh oleh lelaki dan bukan penzina.

Artikel Berkaitan:

Pengajaran daripada kisah Maryam tersebut menunjukkan, ALLAH SWT mengangkat martabat wanita yang mempunyai pendirian kukuh dalam menjaga kehormatan diri. Ini bukan perkara mudah kerana wanita perlu membina prinsip tersebut. Panduan membina prinsip tersebut ialah kita perlu bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan sebuah warisan dengan menjaga diri dengan baik secara dalaman dan luaran.

2. Di bawah penjagaan ALLAH SWT (ayat 24-26)

Maryam menjadi contoh wanita yang menerima ujian amat besar. Ketika melahirkan anak, beliau ditenangkan dengan adanya sungai yang mengalir di bawahnya. Beliau yang masih lemah perlu menggoncangkan pohon tersebut untuk mendapatkan tamar yang masak.

Justeru, kita hendaklah memohon kepada ALLAH SWT agar sentiasa berada di bawah radar penjagaan ALLAH SWT. Mendapat keistimewaan di sisi ALLAH bukan bermakna kita hanya goyang kaki. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Hari ini, kita diuji dengan anak untuk memastikan pewaris seterusnya dapat mewarisi agama. Ini melibatkan institusi kekeluargaan. Dari rumah, kita pastikan dapat melahirkan anak yang mampu mewarisi agama. Dalam menghadapi cabaran tersebut, kita bermohon kepada ALLAH SWT, “Ya ALLAH, kami mahu di bawah radar-MU ya ALLAH.” Dengan kebergantungkan kepada ALLAH, insya-ALLAH, kita mendapat pelbagai bantuan daripada Tuhan yang Maha Berkuasa.

3. Hadapi persepsi dunia (ayat 27-29)

Tidak mudah bagi Maryam yang tidak pernah disentuh lelaki dan berasal daripada keluarga yang dipandang tinggi untuk diterima masyarakat ketika kembali bersama seorang bayi, Nabi Isa AS. Namun keberanian Maryam untuk berhadapan apa jua pandangan masyarakat, menunjukkan kebijaksanaan beliau menangani krisis.

Maryam tidak menjawab pertanyaan kaumnya. Dia menunjukkan kepada bayi untuk menjawab dengan izin ALLAH SWT. Itulah mukjizat Nabi Isa AS. Ia menunjukkan sebagai wanita yang ada prinsip dan berjiwa besar mampu mengurus krisis dalam kehidupan diri, keluarga dan masyarakat.

4. Anak anugerah ALLAH SWT (ayat 30-34)

Anak merupakan anugerah besar daripada ALLAH. Kita mungkin berasa susah menghadapi karenah anak. Namun anak merupakan amanah ALLAH untuk kita mendidiknya bersungguh-sungguh untuk ke syurga. Jika rasa susah, berdoalah semoga ALLAH membantu kita sentiasa di dalam lindungan-NYA.

Surah Luqman memberi panduan untuk melahirkan anak yang mempunyai roh Islam dan dapat mewarisi agama. Antara ciri-ciri anak yang diharapkan ialah mengakui dirinya sebagai hamba ALLAH dan melaksanakan dalam konteks kehambaan berpandukan al-Quran dan sunah; menjaga solat dan menjaga hubungan dengan ALLAH; mempunyai mentalilti suka membantu orang lain dengan berzakat dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

5. Diberkati ALLAH SWT

Nabi Isa diberi kehidupan yang diberkati ALLAH. Berkat bermaksud kebaikan yang sentiasa bertambah. Kita perlu berusaha untuk melahirkan generasi yang barakah. Untuk mendapat keberkatan, baca dan tadabbur ayat al-Quran sebagai panduan hidup kita.

USTAZ MOHD HARFIZ bersama qari Surah Maryam, Pelajar USIM, Muhammad Afiq Aiman Roslee
USTAZ MOHD HARFIZ bersama qari Surah Maryam, Pelajar USIM, Muhammad Afiq Aiman Roslee

Women #QuranHour @ USIM dirasmikan oleh isteri Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Yang Dipertua Bakriyah Negeri Sembilan, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

Turut hadir Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri USIM, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

Program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada belia wanita Islam mengenai persiapan dalam menghadapi cabaran globalisasi abad ke-21, selaras dengan aspek yang digagaskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.