Lima maut pesawat terhempas di barat Mexico

Barat Mexico
Barat Mexico
A
A
A

MEXICO CITY - Lima maut dalam insiden sebuah pesawat ringan terhempas di negeri Michoacan di barat Mexico, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik kenyataan pendakwa raya serantau yang merujuk data awal.

"Petugas di pejabat pendakwa raya umum telah dihantar ke kawasan komuniti Las Juntas dalam kawasan perbandaran Madero untuk menyiasat kes pesawat terhempas itu yang berlaku pada sebelah petang.

"Menurut maklumat awal, lima orang terkorban," menurut pejabat pendakwa raya umum itu di akaun Twitter pada lewat Rabu.

Media tempatan melaporkan bahawa sebuah pesawat Cessna telah terhempas ketika dalam perjalanan dari Durango ke Acapulco. - Bernama

Artikel Berkaitan: