Isteri bekas Menteri Kehakiman Korea Selatan ditahan

Kyung-shim disyaki terlibat dalam pelaburan kewangan yang meragukan dan mereka kelayakan palsu untuk anak perempuannya.
Kyung-shim disyaki terlibat dalam pelaburan kewangan yang meragukan dan mereka kelayakan palsu untuk anak perempuannya.
A
A
A

SEOUL - Pendakwa raya hari ini menahan isteri bekas Menteri Kehakiman Korea Selatan yang meletak jawatan pada minggu lalu selepas keluarganya berdepan tuduhan rusuhan yang turut mencetuskan bantahan banyak pihak.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul memaklumkan hakim mengeluarkan waran tangkap ke atas Chung Kyung-shim kerana bimbang wanita itu mungkin cuba memusnahkan bukti berikutan dia disyaki terlibat dalam pelaburan kewangan yang meragukan dan mereka kelayakan palsu bagi membantu anak perempuannya masuk ke sekolah perubatan.

Kyung-shim yang juga seorang pensyarah di sebuah universiti bersama suaminya, Cho Kuk menafikan tuduhan tersebut walaupun bekas Menteri Kehakiman terbabit ada memohon maaf tentang 'keistimewaan' diterima anak mereka.

Kontroversi yang menghimpit keluarga Kuk turut memberi kesan kepada populariti Presiden Moon Jae-in yang merosot menjelang pilihan raya pada musim bunga akan datang.

Bulan lalu, Kyung-shim didakwa memanipulasi anugerah yang diberikan kepada anak perempuannya di universiti tempat beliau mengajar di bandar selatan Yeongju. - Agensi

Artikel Berkaitan: