Agong terima menghadap Shinzo Abe

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di Rumah Tamu Negeri Akasaka hari ini. - Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di Rumah Tamu Negeri Akasaka hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

TOKYO - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenaan menerima menghadap Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Rumah Tamu Negara Akasaka di sini.

Pertemuan itu bermula pada 3.40 petang waktu tempatan (sekitar 2.40 petang waktu Malaysia) dan berlangsung kira-kira 20 minit.

Seri Paduka berada di negara berkenaan atas undangan kerajaan Jepun bagi menghadiri istiadat pertabalan Maharaja Jepun ke-126, Maharaja Naruhito di Istana Imperial, yang berlangsung pada 1 tengah hari (sekitar 12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Kennedy Jawan; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin; Menteri Kaunselor di Kedutaan Malaysia di Jepun, Mohd Ishrin Mohd Ishak; Ketua Protokol Kementerian Luar, Duta Wan Zaidi Wan Abdullah dan Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Tokyo, Niqman Rafaee Mohd Sahar.

Delegasi Jepun terdiri daripada Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Akihiro Nishimura; Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Minoru Kihara dan Eiichi Hasegawa; Timbalan Menteri Luar Kanan, Takeo Mori; Duta Besar Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Asia Tenggara dan Asia Barat Daya, Kementerian Luar, Hiroshi Ishikawa. - Bernama

Artikel Berkaitan: