Cuaca panas landa Indonesia

BMKG meramalkan beberapa wilayah di negara tersebut akan mengalami cuaca panas terik selama lebih seminggu. Gambar hiasan
BMKG meramalkan beberapa wilayah di negara tersebut akan mengalami cuaca panas terik selama lebih seminggu. Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - Agensi Meteorologi, Kaji Cuaca dan Geofizik Indonesia (BMKG) meramalkan bebarapa wilayah di negara tersebut akan mengalami cuaca panas terik selama lebih seminggu.

Timbalan BMKG, Mulyono R Prabowo berkata, ini kerana matahari kini terletak berhampiran jalur Khatulistiwa.

Menurutnya, kondisi ini menyebabkan radiasi matahari yang diterima oleh permukaan bumi di wilayah tersebut menjadi lebih banyak, sehingga akan meningkatkan suhu udara pada siang hari.

"Dalam tempoh seminggu akan datang, dijangkakan wilayah Indonesia dilanda panas terik memandangkan kedudukan matahari terus ke selatan dan atmosfera kering sehingga potensi awan menghalangi matahari juga sangat kecil.

"Sejak Sabtu, suhu udara maksimum 37 darjah Celcius," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, suhu tersebut juga merupakan catatan suhu tertinggi pada tahun lalu.

Malah pada Ahad, tiga stesen pemerhatian BMKG di Sulawesi mencatatkan suhu tertinggi.

"Stesen Meteorologi Hasanuddin (Makassar) adalah 38.8 darjah Celcius diikuti oleh Maros 38.3 darjah Celcius dan Stesen Meteorologi Sangia Ni catat 37.8 darjah Celcius." kata Mulyono. - Agensi

Artikel Berkaitan: