Dua beranak dikebumikan satu liang

Ibu mangsa, Fatimah Latiff berdoa di tepi pusara anak dan cucunya di Tanah Perkuburan Islam Cheng Setia di sini, tadi.
Ibu mangsa, Fatimah Latiff berdoa di tepi pusara anak dan cucunya di Tanah Perkuburan Islam Cheng Setia di sini, tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Jenazah dua beranak yang dikerat lapan anggota badan sebelum dibuang di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong minggu lalu selamat dikebumikan tadi.

Jenazah Allahyarhamah Nurfazera Bidin,27, dan anak lelakinya, Allahyarham Muhammad Iman Asraf Abdullah,11, dikebumikan dalam satu liang lahat bersebelahan sebelah kubur ayahnya lebih kurang jam 12.10 tengah malam di Tanah Perkuburan Islam Bertam Malim.

Kira-kira lebih 50 ahli keluarga dan sahabat turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Jenazah dibawa keluar dari unit forensik lebih kurang jam 10.30 menuju ke Masjid Al-Faizin, Bertam Malim untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Terdahulu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris mengesahkan bahagian anggota badan yang ditemui di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong adalah milik seorang wanita dan anaknya yang dibunuh kejam minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 beranak dikerat lapan: Polis siapkan kertas siasatan

Dalam kejadian itu, Sinar Harian melaporkan sekurang-kurangnya lapan bahagian anggota badan manusia dipercayai milik lebih seorang individu yang dibuang ke dalam semak di Kampung Ladang, Krubong.

Ekoran itu, polis menahan seorang lelaki warga Singapura yang merupakan suami mangsa bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

Artikel Berkaitan:

 Kedua-dua beranak selamat dikebumikan dalam satu liang lahat.
Kedua-dua beranak selamat dikebumikan dalam satu liang lahat.