X

Kindly register in order to view this article
!

Ragbi Piala Agong 2019: Terengganu perkemas taktikal

Antara aksi menarik pertemuan Terengganu Kelantan pada saingan Divisyen Premier ragbi Piala Agong 2019 di Stadium Ragbi Terengganu, baru-baru ini. - Foto: Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.
A
A

TERENGGANU merancang untuk melakukan sekurang-kurangnya satu aksi persahabatan pemanas badan sebagai persediaan bagi menghadapi saingan suku akhir ragbi Piala Agong 2019 menentang Kuala Lumpur pada 17 November depan.

Pengurus Terengganu, Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab berkata, mereka perlu lebih bersedia dan mengharapkan aksi persahabatan dengan Putrajaya pada 2 November nanti mampu memperkemaskan lagi kekuatan pasukan bagi menghadapi saingan yang lebih mencabar di peringkat suku akhir.

Menurut beliau, perlawanan itu setidak-tidaknya mampu mengelakkan para pemainnya daripada dibuai dengan kemenangan mereka selain sebagai medan untuk memperbaiki kelemahan pasukan menjelang perlawanan suku akhir nanti.

"Buat masa ini, kita memberikan rehat kepada para pemain sebelum mereka kembali menjalani latihan bersama pasukan bermula di Padang Ragbi Universiti Putra Malaysia, Serdang Jumaat ini.

"Walaupun ramai yang menganggap bahawa Terengganu adalah pasukan pilihan pada saingan kali ini tetapi kita sebenarnya lebih selesa dengan status underdog kerana sedikit sebanyak mampu mengelakkan tekanan buat pasukan.

"Apa-apapun kita perlu memperkemaskan kembali barisan pemain memandangkan dalam tiga perlawanan awal sebelum ini, pasukan terlalu mudah untuk meraih kemenangan," katanya kepada Sinar Harian.

Che Mohd Zulkarnain turut menyifatkan Terengganu cukup bertuah kerana dibarisi empat jurulatih berpengalaman yang diketuai Izaimi Zainuddin selain jurulatih yang berpusat di Lembah Klang iaitu Nik Mohd Shahidan Mohd Zain serta Mohd Syahir Asraf Rosli dan Shamsuri Abdul Talib.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!