Banjir di Perak: 262 mangsa masih ditempatkan di dua PPS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

IPOH- Seramai 262 orang mangsa banjir daripada 71 keluarga di Perak masih ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada malam ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, daripada jumlah itu seramai 30 orang dari daerah Kerian dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak yang dibuka sejak jam 2 petang tadi.

"Semua mangsa dari Jalan FT 147 Bagan Serai-Selama dan Kampung Matang Tengah itu terdiri daripada 11 lelaki dewasa, lapan perempuan dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan lapan kanak-kanak perempuan," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Seramai 39 anggota dari pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan, dan Jabatan Kebajikan Malaysia turut ditempatkan di PPS itu.

Sementara itu, di PPS di SK Changkat Jong, Teluk Intan yang dibuka sejak Jumaat lepas masih terdapat 232 mangsa banjir daerah Hilir Perak pada malam ini.

"Mangsa terdiri daripada 52 lelaki dewasa, 67 perempuan dewasa, 61 kanak-kanak lelaki san 52 kanak-kanak perempuan dari Kampung Batu 6, Kampung Batu 7, Lorong Mesra Batu 7 1/2, Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9," maklum kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, seramai 49 anggota dari pelbagai agensi keselamatan turut ditempatkan di PPS berkenaan bagi memantau keadaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: