Polis cari tujuh individu bantu siasatan kes bunuh

Sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini.
Dzulkhairi (dua dari kiri) menunjukkan gambar individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes bunuh pada sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri semalam.
Sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini. Dzulkhairi (dua dari kiri) menunjukkan gambar individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes bunuh pada sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri semalam.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Polis masih mencari tujuh lagi individu bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di taman permainan Jalan Meranti 13, Taman Sri Pulai, Kangkar Pulai di sini pada 10 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhari Mukhtar berkata, tujuh suspek berusia lingkungan 20-an dipercayai masih bebas.

“Sebelum ini, polis berjaya menahan 11 individu berusia 17 hingga 32 tahun di sekitar bandar raya ini dan Selangor dalam tempoh dua minggu selepas kejadian berlaku.

“Semakan mendapati seramai tujuh suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah manakala lapan suspek disahkan positif dadah ketika penahanan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini.

Dzulkhairi berkata, buat masa ini usaha mengesan saki baki individu itu sedang giat dijalankan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh berhubung dengan polis atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Superintendan Zahari Idris di talian 013-7879007,” katanya.

Dalam kejadian pada 8 Ogos lalu, mangsa meninggal dunia selepas ditetak pada bahagian badan dengan parang sehingga mengalami kecederaan parah.

Artikel Berkaitan: