Lelaki tunjuk kemaluan ditahan polis

Mohd Zain Mat Dris
Mohd Zain Mat Dris
A
A
A

MARANG - Seorang lelaki yang menunjukkan kemaluannya di hadapan seorang suri rumah ditahan polis di sebuah rumah di Binjai Rendah, di sini petang semalam.

Lelaki berusia 42 tahun ditahan kira-kira jam 6.10 petang selepas menerima laporan polis daripada suri rumah berkenaan.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 45 tahun mendakwa semasa berada di ruang dapur rumahnya di Binjai Rendah di sini kira-kira jam 7.45 pagi, dia ternampak seorang lelaki dikenali (suspek) berada di belakang rumah sedang melakukan perbuatan tidak senonoh.

"Ketika itu suspek dengan selamba menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.

"Bagaimanapun suspek terus beredar sejurus menyedari perbuatannya turut dilihat oleh suami mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sumber berkata, tanpa berlengah mangsa yang risau akan keselamatan diri dan ahli keluarganya terus membuat laporan di Balai Polis Bukit Payong di sini untuk tindakan selanjutnya.

"Mangsa turut mendakwa suspek sebelum ini juga kerap kali melakukan perbuatan tidak senonoh berkenaan di sekitar kawasan rumahnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan tangkapan suspek di rumahnya di Kampung Pecah Batu, Binjai Rendah di sini.

Artikel Berkaitan:

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau.