Pilihan raya Bolivia: Presiden Evo Morales dahului pencabar

Evo Morales
Evo Morales
A
A
A

MOSCOW - Pilihan raya Bolivia menyaksikan Presiden Evo Morales mendahului pencabarnya dengan undian 45.28 peratus berbanding Carlos Mesa yang memperoleh 38.16 peratus, lapor agensi berita Sputnik,

Setakat ini, sejumlah 83 peratus kertas undi telah dikira, memetik data Tribunal Agung Pilihan Raya.

Morales memerlukan lebih 50 peratus undian atau sekurang-kurangnya 40 peratus dengan margin 10 peratus berbanding pencabar terdekatnya bagi membolehkan beliau memenangi pusingan pertama.

Dalam tiga pilihan raya sebelum ini, Morales menang masing-masing dengan undian sebanyak 54, 64 dan 61 peratus.

Beliau telah memerintah Bolivia sejak 2006. - Bernama

Artikel Berkaitan: