Agong berkenan adakan lawatan khas ke Jepun

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke Jepun bermula hari ini hingga 24 Oktober.

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, lawatan itu adalah signifikan dalam konteks hubungan mesra dan akrab antara Malaysia dan Jepun terutama antara institusi diraja kedua-dua negara.

“Seri Paduka berdua telah dijemput oleh Maharaja dan Maharani Jepun untuk menghadiri upacara pertabalan Maharaja Naruhito esok.

“Selain menghadiri upacara pertabalan berkenaan, Seri Paduka berdua turut berkenan menghadiri Majlis Makan Malam dan Jamuan Teh yang akan dihoskan Maharaja dan Maharani Jepun,” menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu, lawatan khas itu merupakan lawatan pertama Seri Paduka berdua selepas Al-Sultan Abdullah ditabalkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai.

Naruhito telah melawat Malaysia pada 2017 ketika menjadi Putera Mahkota Jepun. - Bernama

Artikel Berkaitan: