Dulu gagal SPM, sekarang gaji RM19,000 sebulan

Muhammad Badiuzaman (tengah), Muhammad Qamarul Auji (kanan) dan Mohd Faizal antara contoh belia lepasan TVET yang meraih kejayaan selepas mengambil kursus kemahiran di ABM Wilayah Timur.
Muhammad Badiuzaman (tengah), Muhammad Qamarul Auji (kanan) dan Mohd Faizal antara contoh belia lepasan TVET yang meraih kejayaan selepas mengambil kursus kemahiran di ABM Wilayah Timur.
A
A
A

HULU TERENGGANU – Kegagalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan bermaksud gelap masa depan, asalkan bijak mengambil peluang, kehidupan boleh berubah jauh lebih baik berbanding mereka yang berpendidikan tinggi.

Itulah yang dilalui tiga anak muda lepasan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Muhamad Badiuzaman Ya abu Bakar, 33, Mohd Faizal Ismail, 35 dan Muhamamd Qamarul Auji Amran, 32, apabila berjaya dalam bidang masing-masing.

Mereka kini antara pelatih kemahiran dalam bidang kimpalan dan jururegah yang mampu memperoleh pendapatan lumayan antara RM15,000 hingga RM19,000 sebulan sekaligus dilantik sebagai ikon Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Muhammad Badiuzaman berasal dari Kampung Ibok, Kemaman berkata, dia mengambil kursus kimpalan selama dua bulan di ABM pada tahun 2003 selepas melihat arwah abangnya, Muhamad Hasbiallah yang bekerja sebagai jurukimpal mendapat gaji tinggi.