Penduduk laung azan lepas lihat puting beliung

Paparan video yang menunjukkan puting beliung berlaku di Jerlun yang membuatkan penduduk melaungkan azan bagi menghindari bencana.
Paparan video yang menunjukkan puting beliung berlaku di Jerlun yang membuatkan penduduk melaungkan azan bagi menghindari bencana.
A
A
A

JERLUN - Orang ramai di sekitar Kampung Pida empat, Ayer Itam, di sini 'dikejutkan' dengan puting beliung yang dikatakan berlaku sebentar tadi semasa ribut melanda negeri berkenaan.

Video yang baharu sahaja dimuat naik oleh Penang Kini di Facebooknya pada jam 5 petang tadi kini tular di media sosial dan mereka turut memberitahu "Belalai air di Kampung Pida 4, Ayer Itam, Jerlun sebentar tadi. Penduduk melaungkan azan memohon perlindungan dari Ilahi."

Melalui video terbabit menunjukkan penduduk sekitar melaungkan azan sambil melihat puting beliung sedang berlaku di kawasan kampung mereka.*

Netizen mendoakan agar penduduk di sana selamat dan tidak ditimpa bencana.
Netizen mendoakan agar penduduk di sana selamat dan tidak ditimpa bencana.

Perkongsian video terbabit yang berdurasi 30 saat itu kini meraih 85,000 tontonan dan rata-rata netizen mendoakan agar mereka di sana dalam keadaan selamat dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Siti Salbiah Shukor menulis, "Ini dah puting beliung bukan belalai air dah. Ya ALLAH, semoga engkau melindungi mereka di sana daripada sebarang bencana."

"Bila tengok video ini jadi takut dengan amaran yang diberikan oleh ALLAH. Tidak pernah puting beliau berlaku di Malaysia. Ada sebab dan mengapa ALLAH tunjukkan kuasanya kepada kita. Semoga orang di sana dilindungi dari bencana," kata Ahmad Daud di Facebook.

Artikel Berkaitan: