Najib dedah gambar Tun M diguna lariskan komik propaganda DAP

A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa gambar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini digunakan sebagai bahan promosi untuk penjualan komik propaganda DAP melalui sebuah platform e-dagang popular.

Bekas Presiden UMNO itu telah berkongsi sekeping gambar di laman Facebook miliknya yang memaparkan imej kepala Dr Mahathir dari belakang yang menyaksikan Presiden China, Xi Jinping sedang melihat komik propaganda terbabit.

Di dalam gambar itu juga, jelas terpapar Anthony Loke sedang mengambil gambar kedua-dua pemimpin terbabit dan Najib juga turut memuat naik hantaran memberitahu bahawa imej Perdana Menteri ketujuh itu turut digunakan sebagai bahan promosi untuk penjualan dalam talian komik propaganda DAP.

Netizen mengharapkan Dr Mahathir bertindak kerana gambarnya digunakan untuk melariskan penjualan komik propaganda terbabit.
Netizen mengharapkan Dr Mahathir bertindak kerana gambarnya digunakan untuk melariskan penjualan komik propaganda terbabit.

Perkongsian Najib pada tengah hari tadi kini tular di media sosial yang meraih 5,500 tanda suka dan berharap agar Dr Mahathir mengambil tindakan menggunakan gambarnya untuk penjualan komik tersebut.

Rose Camelia yang kesal dengan tindakan tersebut menulis: "Salah satu agenda DAP dan konconya nak jadi kerajaan, inilah dia tuan-tuan dan puan-puan, bukannya niat nak pulihkan negara pun dan sekarang ini dah banyak provokasi yang dibuat semata-mata nak mencabar orang Melayu."

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Sinar Harian turut mendapati komik tersebut dijual dalam talian Shopee dan gambar yang diperkatakan Najib juga turut dipamerkan di platform e-dagang tersebut.

Gambar Dr Mahathir digunakan untuk penjualan buku tersebut di Shopee.
Gambar Dr Mahathir digunakan untuk penjualan buku tersebut di Shopee.