KPLB akan jumpa PM bincang mekanisme baharu

Rina (berdiri, tiga dari kanan) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara ELokal Sdn Bhd, Lazada dan Shopee di tapak KUD 2019 di sini hari ini.
Rina (berdiri, tiga dari kanan) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara ELokal Sdn Bhd, Lazada dan Shopee di tapak KUD 2019 di sini hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat bagi membincangkan cadangan kerajaan menubuhkan pemasaran khusus membantu usahawan luar bandar.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, beliau sendiri akan mengetuai pertemuan bagi membincangkan mekanisme baharu itu.

"(Buat masa ini) saya belum mendapat apa-apa lagi (maklumat tentang cadangan itu daripada Dr Mahathir). Tapi bagi saya kita melihat sebenarnya ramai usahawan luar bandar menghasilkan produk yang bagus. Baik makanan atau apa-apa sahaja. Tetapi kita kurang daripada segi promosi.

"Bagaimanapun secara asasnya kita telah banyak menjalin kolaborasi bersama agensi kerajaan lain untuk membantu usahawan terutama di luar bandar," katanya pada sidang media di tapak Karnival Usahawan Desa (KUD) 2019 di sini hari ini..

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan kerajaan menubuhkan agensi pemasaran bagi memberi nasihat dan tunjuk ajar bertujuan memperluaskan produk usahawan luar bandar.

Perkara itu diumumkan Dr Mahathir ketika berucap merasmikan KUD 2019 menerusi rakaman video semalam.

Dalam ucapan itu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, antara perkara yang boleh dilakukan ialah membentuk perkongsian pintar antara komuniti usahawan luar bandar dan pihak berkepentingan.

Artikel Berkaitan: