Mayat lelaki ditemukan terapung dipercayai mangsa bunuh

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Foto: FB JBPM Pahang
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Foto: FB JBPM Pahang
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam keadaan kaki dan tangan terikat di tepi Tasik Paya Bungor, KM50, Jalan Kuantan-Maran di sini pagi tadi.

Mayat mangsa dipercayai berketurunan India berusia dalam lingkungan lewat 30-an yang belum dikenalpasti identitinya itu ditemui orang awam sebelum dimaklumkan kepada pihak polis jam 9.55 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, mayat mangsa ditemui lengkap berpakaian t- shirt merah dan seluar jeans hitam.

Menurutnya, lokasi penemuan mayat mangsa kira-kira 10 meter dari jalan utama.

"Mayat mangsa dibawa naik dengan bantuan anggota bomba sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat," katanya.

Mohd Noor berkata, setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenalpasti punca kejadian dan mengesan individu yang boleh membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: