Tiga lagi dokumen diserahkan kepada Hasanah

Hasanah ditemani keluarganya pada prosiding kes hari ini
Hasanah ditemani keluarganya pada prosiding kes hari ini
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan menyerah tiga lagi dokumen kes pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta yang membabitkan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Dokumen tersebut merangkumi salinan DVD kamera litar tertutup Aras 13 Shuffsburry Residence, Cyberjaya, CCTV Pejabat Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri dan salinan slide presentation diserahkan kepada peguam Hasanah, Khairul Azam Abdul Aziz.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad memaklumkan perkara itu ketika pengurusan kes di hadapan Hakim, Rozina Ayob hari ini.

Pada prosiding itu, Muhammad Iskandar memaklumkan pihaknya belum menyempurnakan dokumen untuk diserahkan kepada pembelaan.

"Semalam, pihak kami juga telah memfailkan permohonan agar kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan," katanya.

Justeru, Rozina menetapkan 21 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Khairul Azam memohon kepada mahkamah supaya akaun anak guamnya tidak dibekukan agar dapat meneruskan keperluan hariannya.

Bagaimanapun Rozina berkata, mahkamah tidak boleh membuat keputusan berhubung permohonan itu sebaliknya menyarankan agar kedua-dua berbincang.

Artikel Berkaitan: