Lagi anggota polis berhibur di kelab malam ditahan

ZAMRI YAHYA
ZAMRI YAHYA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai sembilan anggota polis ditahan dalam operasi di pusat hiburan di Jalan Peel dan Jalan Metro, Pudu, di sini semalam.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata operasi bermula 10.30 malam hingga 5.30 pagi itu mendapati sembilan anggota polis berusia 23 hingga 53 tahun berada di pusat hiburan terbabit.

Difahamkan pemeriksaan ujian air kencing ke atas anggota terbabit mendapati mereka negatif dadah.

"Siasatan lanjut dijalankan dan tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas mereka kerana melanggar arahan berhubung larangan anggota polis mengunjungi tempat tempat hiburan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya operasi bersepadu berkenaan dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini bertegas akan mengambil tindakan terhadap anggota dan pegawai polis yang berhibur di kelab malam selepas mengeluarkan arahan larangan itu baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: