Remaja maut kereta dipandu terbabas

Keadaan kereta mangsa selepas terbabas dan melanggar tiang lampu dalam kejadian itu. - Foto: Ihsan IPD Petaling Jaya
Keadaan kereta mangsa selepas terbabas dan melanggar tiang lampu dalam kejadian itu. - Foto: Ihsan IPD Petaling Jaya
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Wira yang dipandunya terbabas dalam kejadian di KM13.9 Lebuhraya Damansara- Puchong (LDP) arah Utara pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, ketika kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa dikatakan memandu dari arah Puchong ke Damansara sebelum kenderaannya terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang lampu.

"Akibatnya, mangsa yang berusia 20 tahun dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan yang dialami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zani berkata, mayat mangsa di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: