13 mangsa banjir dipindahkan di Bentong

Anggota APM membantu menyiapkan khemah untuk kegunaan mangsa yang dipindahkan ke PPS di surau Kampung Kuala Repas malam tadi. - Foto APM
Anggota APM membantu menyiapkan khemah untuk kegunaan mangsa yang dipindahkan ke PPS di surau Kampung Kuala Repas malam tadi. - Foto APM
A
A
A

BENTONG - Seramai 13 mangsa daripada tiga keluarga dari Kampung Kuala Repas di sini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air malam tadi.

Kesemua mangsa termasuk tujuh kanak-kanak ditempatkan di PPS di surau kampung berkenaan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Penolong Pesuruhjaya (PA) Zainal Yusof berkata, banjir kilat di kampung berkenaan dilaporkan berlaku jam 8 malam ekoran hujan lebat yang berlarutan manakala pihak Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Bentong menerima laporan kejadian banjir kilat itu 45 minit kemudian.

Anggota APM membantu menyiapkan khemah untuk kegunaan mangsa yang dipindahkan ke PPS di surau Kampung Kuala Repas malam tadi. - Foto APM
Anggota APM membantu menyiapkan khemah untuk kegunaan mangsa yang dipindahkan ke PPS di surau Kampung Kuala Repas malam tadi. - Foto APM

"Susulan maklumat diterima, pihak APM daerah bersama pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Bentong, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pihak Jabatan Perparitan dan Saluran (JPS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat lawatan ke lokasi bagi memberi bantuan awal.

"Hasil pemeriksaan mendapati bahagian dapur, ruang tamu dan bilik tiga rumah terlibat digenangi air memaksa penghuninya dipindahkan ke PPS," katanya.

Zainal berkata, jumlah kerosakan dan kerugian masih dalam anggaran dan mangsa terlibat dinasihatkan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan laporan terkini, PPS berkenaan ditutup jam 7 pagi tadi selepas semua mangsa pulang ke rumah masing-masing selepas air surut sepenuhnya.

Artikel Berkaitan: