'Lampu tangga jadi tempat kami study'

Ada di antara mereka yang belajar dalam keadaan gelap
Ada di antara mereka yang belajar dalam keadaan gelap
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pelajar di sebuah kolej berkongsi suasana belajar di atas tangga selepas bekalan elektrik di kolejnya terputus.

Perkongsian Ahmad Afifi di Twitternya bersama gambar dengan tajuk 'Dalam blackout aku tempuh jua.'

Pelajar itu turut memuat naik gambar suasana pelajar lain yang mengulang kaji dalam keadaan gelap di meja masing-masing dan ada yang bersila di koridor hostel.

No Image Caption

Ahmad Afifi juga menulis, "Kepada pensyarah yang dikasihi, Janganlah tengok jawapan dalam paper sahaja, tengok usaha kami untuk tulis jawatan dalam paper itu, ini luahan jangan terasa."

Perkongsian tersebut kini tular di Twitter dan meraih 2,600 ulang kicau serta 2,700 tanda suka membuatkan netizen memuji usaha mereka untuk terus belajar walaupun diuji dengan ketiadaan elektrik.

Ramai netizen mendoakan kejayaan pelajar itu berjaya dalam peperiksaan

"Teruskan usaha dan kuatkan semangat semua, nanti semua yang terlibat itu pasti akan merindui semua benda ini di kolej," kata Danial.

Artikel Berkaitan:

Tulis Riri Rosli di Twitter "Semoga ALLAH sentiasa permudahkan urusan kamu semua..semoga cemerlang dengan sukses semua."