'Jangan terlalu bergantung kepada bantuan'

Rina merasmikan gimik pelancaran Karnival Usahawan Desa (KUD) di Putrajaya, hari ini. FOTO:ZAHID IZZANI
Rina merasmikan gimik pelancaran Karnival Usahawan Desa (KUD) di Putrajaya, hari ini. FOTO:ZAHID IZZANI
A
A
A

PUTRAJAYA- Usahawan luar bandar diingatkan tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan yang hanya sebagai pemangkin untuk menyokong mereka.

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Rina Harun berkata, usahawan perlu mempunyai inisiatif memastikan kejayaan mereka dalam bidang itu.

Rina juga mengingatkan golongan itu supaya menggunakan bantuan sebaik mungkin bertujuan memajukan perniagaan dan bukan untuk kepentingan peribadi.

"Pemasaran juga antara cabaran merupakan antara cabaran usahawan luar bandar mengembangkan perniagaan. Buat masa ini kebanyakan mereka bergantung kepada pasaran domestik dan hanya sebahagian kecil untuk pasaran eksport," katanya ketika berucap sempena Karnival Usahawan Desa Putrajaya (KUD) di sini hari ini.

Katanya, beberapa strategi perlu dilaksanakan bagi menguasai pasaran domestik dan menembusi pasaran global.

"Salah satu daripadanya ialah mempelopori pemasaran secara dalam talian atau e-commerce.

Di bawah KPLB, terdapat Program Desamall@Online yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan luar bandar bagi memasarkan produk secara atas talian di platform Lazada, Shopee dan PrestoMall," katanya.

Turut hadir Timbalannya, R Sivarasa.

Artikel Berkaitan:

Rina berkata, KUD berjaya membuat kutipan jualan dan tempahan sebanyak RM14.74 juta sepanjang dua hari karnival itu berlangsung.

"Kita yakin sasaran RM40 juta dapat dicapai dengan pelbagai program yang telah disusun," katanya.

KUD berlangsung selama lima hari bermula Khamis lalu dengan menawarkan 1,000 pempamer.