Komik propaganda: Polis rekod keterangan penulis komik

Gambar kecil: Abdul Hamid Bador
Gambar kecil: Abdul Hamid Bador
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis sudah merekod keterangan penulis komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ di Bukit Aman semalam bagi membantu siasatan berhubung penerbitannya yang didakwa sebagai propaganda.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, beberapa individu lain akan dipanggil berhubung penerbitan komik berkenaan.

Bagaimanapun katanya, polis belum memastikan kesalahan individu tersebut dan masih menunggu siasatan selesai.

"Setelah selesai, baru kita tahu sebelum merujuk perkara itu kepada timbalan pendakwa raya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Konvoi Ride Bersekutu Vol 4 2019 (RBV#4) di Dataran Puncak Alam, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad merangkap Penaung dan Penasihat Gabungan Kelab-Kelab Permotoran Malaysia, Tan Sri Rozali Ismail; Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya, Khairul Anwar Bachok.

ARTIKEL BERKAITAN:Siasat segera penerbit komik hasutan

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata, siasatan wajar dibuat selepas hasil laporan awal Bahagian Keselamatan kementerian mendapati kandungan komik itu mempunyai perkara tidak benar.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam hantaran menerusi laman Facebooknya mempersoalkan komik itu yang didakwa satu propaganda yang memburukkan negara.

Najib turut memuat naik gambar sepucuk surat kebenaran dan beberapa helaian muka surat komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' tersebut yang didakwa menyebarkan propaganda itu.

ARTIKEL BERKAITAN: KPM nafi beri kebenaran edar komik propaganda

Najib persoal komik didakwa berbentuk propaganda diedar di sekolah

Artikel Berkaitan: