Siasat segera penerbit komik hasutan

Lampiran komik yang dikongsi Najib di laman Facebooknya.
Lampiran komik yang dikongsi Najib di laman Facebooknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak berkuasa perlu segera menyiasat penerbit komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' kerana dibimbangi mempunyai agenda memburukkan negara.

Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mendakwa, komik tersebut tidak wajar dijual dan diedar di sekolah kerana berbaur hasutan dan mempunyai propaganda tersendiri.

Menurutnya, beberapa sumber di laman sosial mendakwa komik tersebut dijual dan diedar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Menengah secara meluas sejak dirasmikan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tahun lalu.

Katanya, penerbit berkenaan dikatakan turut menerima peruntukan khas dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang untuk membayar sewa bangunan di ICT Mall.

“Penerbitan komik tersebut adalah satu tindakan yang sangat tidak bermoral kerana menghina keluarga bekas Perdana Menteri Negara, Datuk Seri Najib Razak.

“Masalah ini perlu segera dibendung bagi mengelakkan berlakunya perkara negatif kerana karyanya berbaur hasutan,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Dominic Lau Hoe Chai
Dominic Lau Hoe Chai

Mengulas lanjut beliau berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak wajar berdiam diri.

Artikel Berkaitan:

Malam semalam, Najib menimbulkan persoalan sama ada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberi kebenaran sebuah komik didakwa berbentuk propaganda diedarkan di sekolah menengah kebangsaan dan jenis kebangsaan di negara ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) kemudiannya tampil menafikan dakwaan Najib bahawa kementerian itu membenarkan komik 'Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ diedar ke sekolah seluruh negara.

KPM dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran komik daripada mana-mana pihak atau pembekal.

Komik yang diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Mandarin itu dinyatakan sebagai pemberian ihsan Muzium Kebudayaan Komik Asia.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib persoal komik didakwa berbentuk propaganda diedar di sekolah

DAP nafi terlibat dengan penerbitan 'komik propaganda'