Gabenor Madinah lawat mangsa kemalangan

Putera Faisal (berdiri, kanan) melawat mangsa kemalangan yang cedera di Hospital King Fahd. - Foto Agensi
Putera Faisal (berdiri, kanan) melawat mangsa kemalangan yang cedera di Hospital King Fahd. - Foto Agensi
A
A
A

MADINAH - Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman dan timbalannya, Putera Saud Khaled Al-Faisal melawat mangsa kemalangan bas yang cedera di Hospital King Fahd semalam.

Terdapat empat ekspatriat yang dimasukkan ke hospital di Madinah itu iaitu dua rakyat Pakistan, seorang warga Yemen dan identiti keempat masih belum dikenal pasti.

Putera Faisal mengarahkan supaya segala prosedur untuk keluarga mereka dipermudahkan dan sentiasa memberi sokongan kepada mangsa cedera sepanjang tempoh rawatan di hospital berkenaan.

Beliau turut mengarahkan pasukan perubatan untuk memberikan mereka penjagaan kesihatan terbaik dan memindahkan mana-mana yang cedera ke hospital pakar jika diperlukan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Hal Ehwal Kesihatan di Madinah, Dr Abdul Hameed Al-Sobhi berkata, semua mayat kini diletakkan di rumah mayat di Hospital Meeqat.

"Penumpang mengalami luka terbakar 50 hingga 70 peratus dan dua daripada mereka menjalani rawatan di unit rawatan rapi," katanya.

Dalam kejadian kelmarin, sekurang-kurangnya 35 jemaah umrah terkorban dan empat lagi cedera selepas bas yang dinaiki berlanggar dengan jentera berat di laluan Hajra kira-kira 170 kilometer dari Madinah berhampiran perkampungan Al-Akhal.

ARTIKEL BERKAITAN: 35 jemaah umrah maut nahas di Arab Saudi

Artikel Berkaitan: