X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

35 jemaah umrah maut nahas di Arab Saudi

Kejadian nahas itu berlaku di laluan Hajra terletak kira-kira 170km dari Madinah.
A
A

RIYADH - Sekurang-kurangnya 35 jemaah umrah terkorban manakala empat lagi cedera dalam nahas di Arab Saudi selepas sebuah bas yang disewa khas berlanggar dengan jentera angkut semalam.

Saudi Press Agency memetik kenyataan jurucakap polis melaporkan kemalangan itu berlaku di laluan Hajra kira-kira 170km dari Madinah berhampiran perkampungan al-Akhal.

Kejadian kira-kira jam 7 malam (waktu tempatan) itu membabitkan penumpang ekspatriat warga Asia dan Arab.

Terdahulu media tempatan melaporkan seramai 36 maut dalam kejadian itu.

Pihak Berkuasa Palang Merah dan perkhidmatan kecemasan lain turut dikerah ke lokasi kejadian.

Susulan insiden itu, siasatan telah dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!