Piala Malaysia: Yakin Tok Gajah pamer aksi cemerlang esok

494968
494968
A
A
A

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yakin kesebelasan pemain Pahang mampu mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang Kedah pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman malam esok.

Beliau berkata, persiapan Pahang mungkin sedikit terencat berikutan beberapa pemain harapan termasuk penyerangnya, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo masih berada dalam senarai kecederaan dan mungkin tidak dapat diturunkan pada perlawanan itu.

“Walau apapun, kepada kesebelasan pemain Pahang yang bakal memikul tugas pada perlawanan itu nanti, saya sarankan supaya ‘Hogoh Pahang Hogoh’.

"Berikan persembahan cemerlang dan dapatkan keputusan terbaik untuk bekalan selesa apabila bertemu Kedah pada separuh akhir kedua di Kuantan nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berkata, sekiranya rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan pada Liga Super sebelum ini berulang kali ini, ia sudah cukup memadai bagi menjamin kemaraan Pahang ke perlawanan akhir Piala Malaysia kelak.

Pada perlawanan timbal-balas melibatkan kedua-dua pasukan tersebut dalam Liga Super sebelum ini, skuad Tok Gajah mengatasi skuad Helang Merah 1-0 pada perlawanan di Kuantan, dan seri 0-0 apabila bertandang ke Alor Setar.

Artikel Berkaitan: