Berbaloi beratur dari jam 6 pagi!

Penyokong Setia Lang Merah, dari kanan iaitu Jamalina Ayu Amirah Abdul Majid,18, Siti Maisarah Rosli,24, Nur Asma Zawani Nasrul Hadi,19, Nur Saidah Roslan,18 dan Nur Shahfiqah Shahrin masing-masing menunjukkan tiket separuh akhir Piala Malaysia 2019 yang berjaya dibeli oleh mereka.

A
A
A

SEBAHAGIAN besar penyokong Kedah yang beratur sejak awal pagi hari ini berjaya mendapatkan tiket separuh akhir pertama Piala Malaysia 2019 di antara Kedah bertemu Pahang di Stadium Darul Aman malam esok.

Tinjauan Sinar Harian mendapati penyokong sudah mula beratur seawal jam 6 pagi dan keadaan lima hadapan kaunter mula dipenuhi kira-kira 3,000 orang sewaktu kaunter dibuka kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Seorang penyokong dari Taman Sri Angsana, Sungai Petani, Norhayati Che Ros, 50, berkata, dia dan suaminya Abdullah Mat Said, 53, bertolak ke Alor Setar pada jam 5 pagi untuk beratur awal di Stadium Darul Aman membeli tiga tiket.

Menurutnya, peluang tersebut tidak mahu dilupakan oleh mereka sekeluarga dalam usaha untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka di laman sendiri.

Norhayati puas hati dapat membeli tiket separuh akhir Piala Malaysia 2019 selepas bertolak dari Sungai Petani ke Alor Setar pada jam 5 pagi tadi.
Norhayati puas hati dapat membeli tiket separuh akhir Piala Malaysia 2019 selepas bertolak dari Sungai Petani ke Alor Setar pada jam 5 pagi tadi.

"Saya berjaya membeli tiga tiket termasuk untuk anak perempuan saya selepas beratur awal pagi. Saya harap Kedah akan berjaya masuk final dan saya sekeluarga akan pergi ke Stadium Bukit Jalil untuk menyatakan sokongan bersama penyokong-penyokong Kedah yang lain," katanya ketika ditemui.

Bagi penyokong dari Pendang, Muhammad Alif Najmi Nor Shabudin, 19, pula, dia berharap pemain dapat bermain dan beraksi pada tahap terbaik dalam usaha menjinakkan Pahang di lawan sendiri dan juga lawan.

Menurutnya, dia berharap Lang Merah akan mampu mara ke perlawanan akhir dan memilih JDT sebagai lawan pilihannya.

Artikel Berkaitan:

"Rata-rata penyokong Kedah mahu lihat Kedah bertemu JDT pada final kerana ini adalah peluang pasukan untuk menebus kekalahan kepada kelab tersebut sebelum ini," katanya.