STL Liga Premier: Penang Black Panthers tak pandang mudah lawan

Antara aksi menarik dipamerkan regu Penang Black Panthers ketika menentang Sabah Mountainerrs di Gem In Mall. Foto: STL 2019
Antara aksi menarik dipamerkan regu Penang Black Panthers ketika menentang Sabah Mountainerrs di Gem In Mall. Foto: STL 2019
A
A
A

PENDAHULU, Penang Black Panthers menyifatkan saingan pusingan kedua Liga Sepak Takraw (STL) Liga Premier 2019 lebih sengit dan mencabar menyebabkan pasukan dari Pulau Pinang itu melakukan perubahan taktikal pada setiap perlawanan.

Pengurus Penang Black Panthers, Abd Hafiz Abd Majid berkata, saingan pusingan kedua lebih sengit kerana pesaing mula mengunakan pemain import dan tempatan baharu bagi mencabar kejuaraan pada musim ini.

"Jika kita tengok kedudukan mata pun tidak terlalu jauh antara Penang Black Panthers, Perak Bison dan Johor Tigris pada minggu lalu.

" Begitu juga pasukan-pasukan pertengahan seperti Kelantan Warriors, ATM Guardians dan Kuala Lumpur Thunder tidak terkecuali pasukan bawahan liga, mereka mengunakan pusingan kedua bagi menguji memantapkan gandingan mereka.

"Melihat kepada persediaan lawan, boleh saya katakan setiap lawan yang kami temui sememangnya mahu menewaskan kami kerana aksi menentang Penang Black Panthers boleh diibaratkan final.

"Jadi untuk itu saya dan jurulatih sering mengadakan perbincangan taktikal bagi memantapkan corak permainan Penang Black Panthers.

" Kami akui biarpun berstatus pendahulu liga, tapi kami tidak boleh berpuas hati dengan prestasi sekarang kerana masih terdapat beberapa ruang bagi penambahbaikan supaya pasukan lebih kompetitif berdaya saing," katanya yang mengakui taktikal dirancang minggu kelima memberi impak positif.

Minggu kelima Penang Black Panthers menjinakkan Kuala Lumpur Thunders 2-0 diikuti Sabah Mountainerrs dengan keputusan sama.

Artikel Berkaitan:

Penang Black Panthers bakal menyingkap saingan minggu keenam menentang ATM Guardians dikuti Terengganu Turtles pada Ahad ini di Gem In Mall, Cyberjaya.

Mengenai lawan mereka ATM Guardians dan Terengganu Turtles pada minggu ini, Abd Hafiz Abd Majid berkata, beliau tidak mahu pemain-pemain Penang Black Panthers mengambil mudah lawan mereka.

"Kami fokus satu demi satu perlawanan kami kerana setiap lawan akan mengunakan taktikal berbeza-beza. Pada setiap latihan kami akan mengunakan kelebihan setiap pemain-pemain bagi berdepan lawan.

"Jadi untuk pusingan kedua ini kami tak boleh leka, kerana lawan kami seterusnya ATM Guardians dan Terengganu Turtles pastinya mengkaji corak taktikal Penang Black Panthers sebelum ini," katanya yang turut memuji disiplin serta komitmen tinggi dipamerkan pemainnya pada pusingan kedua ini.

Jadual STL
Jadual STL