Bomba cuci sekolah, balai polis

Anggota Bomba dan Penyelamat Sungai Siput bertungkus-lumus membantu membersihkan SK Lintang yang terjejas akibat banjir kilat. - Foto JBPM Perak
A
A

SUNGAI SIPUT - Anggota Bomba dan Penyelamat Sungai Siput bersama beberapa agensi membantu membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang sejak semalam.

Ketua Balai Bomba Sungai Siput, Mohd Hamidi Manas berkata, seramai 10 anggota terlibat dalam khidmat khas gotong-royong membersihkan bangunan kerajaan yang terjejas akibat banjir di sini.

Menurutnya, tiga jentera digunakan untuk membersihkan bilik kelas, laluan pejalan kaki dan beberapa kawasan lain.

Anggota Bomba dan Penyelamat Sungai Siput membantu membersihkan SK Lintang yang terjejas akibat banjir kilat.- Foto JBPM Perak
Anggota Bomba dan Penyelamat Sungai Siput membantu membersihkan SK Lintang yang terjejas akibat banjir kilat.- Foto JBPM Perak

"Gotong-royong membabitkan bangunan kerajaan selepas air surut adalah khidmat kemanusiaan atas permohonan dan kebajikan termasuk di rumah mangsa yang terlibat.

"Kita juga bekerjasama dengan penduduk kampung atas permintaan wakil rakyat, pejabat daerah dan tanah serta penghulu mukim," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, selain sekolah, Balai Polis Lintang turut mendapat khidmat berkenaan dengan kerjasama agensi lain.

Anggota Bomba dan Penyelamat Sungai Siput membantu membersihkan SK Lintang yang terjejas akibat banjir kilat.- Foto JBPM Perak
Anggota Bomba dan Penyelamat Sungai Siput membantu membersihkan SK Lintang yang terjejas akibat banjir kilat.- Foto JBPM Perak

Mohd Hamidi turut memberitahu, pihaknya juga membantu urusan pemindahan mangsa banjir ke lokasi yang telah dikenal pasti.

Katanya, Pos Kawalan Bomba juga dibuka untuk gerakan operasi bomba dan menjadi rujukan awam sert agensi lain ketika banjir kilat tersebut.