Banjir: Satu pusat pemindahan sementara ditutup

Pemeriksaan kesihatan dijalankan di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat yang masih dibuka sehingga kini.
Pemeriksaan kesihatan dijalankan di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat yang masih dibuka sehingga kini.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Seramai 163 mangsa banjir di empat kampung di sini dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas pusat pemindahan sementara di Dewan Dato' Haji Mohamad Padil, Kampung Lintang ditutup secara rasmi pada jam 3.30 petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sungai Siput berkata, bagaimanapun satu lagi pusat pemindahan banjir yang menempatkan 49 mangsa di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat masih dibuka sejak kelmarin.

Menurutnya, jumlah mangsa banjir kilat di Sungai Siput sebelum ini mencatat peningkatan iaitu daripada 207 mangsa malam kelmarin kepada 212 mangsa sejak pagi 7 pagi.

Namun, disebabkan keadaan cuaca yang semakin baik beberapa mangsa banjir mula pulang ke rumah membersihkan kediaman masing-masing sebelum pusat pemindahan ditutup sepenuhnya.

Dalam pada itu, pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Siput bersama beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membantu mangsa banjir.

Semalam, Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang terpaksa ditutup selepas banjir melanda kawasan itu sejak jam 5 pagi.

Kejadian berlaku akibat limpahan air Sungai Pelus menyebabkan paras air naik sehingga 1.5 meter.

Artikel Berkaitan: