Bella Hadid wanita tercantik di dunia
SUPERMODEL terkenal Bella Hadid dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia, menurut kajian Greek Golden Ratio of Beauty Phi.
Menurut kajian itu, wajah Hadid, 23, mencapai hampir 94.35 peratus tahap kesempurnaan Golden Ratio menjadikannya paling dekat dengan 'idea kesempurnaan Greek purba'.
Dapatan itu merupakan sebahagian daripada kajian yang dijalankan pakar bedah plastik Dr Julian De Silva yang membuat penilaian khusus terhadap mata, bulu kening, hidung, bibir, dagu, rahang serta bentuk muka beberapa selebriti wanita terkemuka.
Dalam kajian itu, Beyoncé mendapat tempat kedua diikuti Amber Heard dan Ariana Grande.
De Silva berkata, The Golden Ratio itu merupakan persamaan matematik yang dicipta oleh orang Greek dalam usaha menilai kecantikan wajah sebenar.
Menerusi status di Instagram beliau, De Silva menjelaskan bagaimana persamaan itu berfungsi.
Menurutnya, persamaan itu mula digunakan sejak zaman Kebangkitan Eropah di mana artis akan menggunakan ratio daripada kaedah persamaan matematik sebagai sejenis bantuan dalam menghasilkan karya mereka. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Lepas daripada sindiket tapi terkandas di negara asing
06 November 2026 12:42pmKekalahan Republikan: Pasaran saham, pelaburan AI berdepan ketidaktentuan
06 November 2026 12:12pmCef dipecat gara-gara enggan letak nanas atas piza
06 November 2026 09:50amLelaki penggal kepala isteri akibat perselisihan rumah tangga
06 November 2026 08:29amIndonesia bergolak?
05 November 2026 02:04pmVideo tular: Norhizam beri 24 jam, tuntut permohonan maaf
05 November 2026 05:21pmBekas isteri Najib, Tengku Puteri Zainah meninggal dunia
05 November 2026 04:09pmLelaki diserang dengan parang selepas diperangkap isteri orang
05 November 2026 03:37pm- Iklan -- Iklan -
