Lahirnya Malay Town di Kuala Lumpur

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KITA pernah dengar China Town tapi bagaimana dengan Malay Town? Kalau sinonim dengan peniaga dan penjaja Melayu, uptown mungkin menjadi pilihan mereka.

Majoriti penduduk kita adalah Melayu namun nama ‘Malay Town’ tidak pernah menjelma di depan mata.

Namun apa yang Merak Jalanan dapati, kini munculnya sebuah tapak perniagaan dikenali sebagai Malay Town, khusus untuk peniaga Melayu mencari rezeki di situ.

Dibina di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur, Merak Jalanan percaya sekiranya jualannya murah, pasti ramai yang akan membelinya. Begitu juga suasana persekitaran juga penting bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Difahamkan, rupa-rupanya tapak itu adalah milik seorang Cina yang telah setuju memberikan peluang kepada peniaga membuka gerai di situ.

Orang Cina yang bergelar Datuk Seri itu dikatakan mahu menaik taraf hidup orang Melayu yang dilihatnya hanya berniaga di tepi jalan dan pasar malam.

Baguslah kalau begitu. Merak Jalanan bagaimanapun berharap peniaga Melayu di sana jangan melepaskan peluang yang diberikan itu.

Paling penting, harga yang ditetapkan bukan sahaja perlu berpatutan tetapi juga menyelerakan setiap pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Walaupun diberikan nama Malay Town, apa yang diharapkan ia bukanlah dikunjungi kaum Melayu sahaja. Kita harap kaum lain seperti Cina, India malahan pelancong asing turut berminat merasai masakan yang dijual di situ.

Manalah tahu mungkin suatu hari nanti, Malay Town tiba-tiba menjadi popular seperti Petaling Street yang pernah menjadi tumpuan pelancong asing apabila berada di Kuala Lumpur.

Untuk mengekalkan populariti, kerajaan terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh memainkan peranan penting dengan menjadikan Malay Town sebagai tapak jualan makanan Melayu yang menarik di Kuala Lumpur.