Graduan biadab: Petisyen tuntut UM tarik balik ijazah

Petisyen dilancarkan oleh PMUM.
Petisyen dilancarkan oleh PMUM.
A
A
A

SHAH ALAM - Hampir 90,000 individu menandatangani petisyen menuntut Universiti Malaya (UM) menarik balik ijazah sarjana muda milik Wong Yan Ke.

Petisyen itu digerakkan oleh Penggerak Mahasiswa UM (PMUM) susulan tindakan biadab graduan Wong Yan Ke mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi Universiti Malaya (UM) kelmarin.

Mereka menyifatkan tindakan itu sebagai biadab, memalukan diri sendiri selain merosakkan nama universiti.

Ekoran itu, satu petisyen khas dilancarkan dengan menyatakan dua perkara utama iaitu menuntut UM menarik balik ijazah sarjana muda dan menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh Wong Yan Ke kepada Naib Canselor UM, Datuk Ir Abdul Rahim Hashim.

Tuntutan itu dilakukan kerana Istiadat Konvokesyen UM itu adalah kenangan terindah buat graduan bukan sebaliknya dicemari aksi tidak beradab oleh Yan Le hingga memalukan universiti.

Yan Le juga antara individu yang menimbulkan kekecohan semasa kedatangan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di restoran Amjal.
Yan Le juga antara individu yang menimbulkan kekecohan semasa kedatangan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di restoran Amjal.

Petisyen itu antara lain mempersoalkan tindakan Yan Le menjerit di atas pentas adakah di sama erti dengan dasar kebebasan bersuara.

Artikel Berkaitan:

Dikatakan Yan Le juga adalah individu yang menimbulkan kekecohan semasa kehadiran mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di restoran Amjal.

Namun tindakannya diangkat sebagai wira oleh beberapa pihak atas dasar kebebasan bersuara.

Dalam pada itu, PMUM menegaskan memberi sokongan dan mempertahankan tindakan Naib Canselor dalam Kongres Maruah Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN Graduan biadab: UM buat laporan polis

[VIDEO] Biadab! Graduan protes di pentas konvo