Banjir: Lapan sekeluarga dipindah ke pusat pemindahan

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Hujan berterusan sejak petang tadi menyebabkan lapan orang daripada sebuah keluarga di Sungai Siput terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak dalam satu kenyataan malam ini berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.04 malam sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput bergegas ke lokasi kejadian

Menurutnya, mangsa dari Kampung Jalong telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Jalong, Sungai Siput.

“Setibanya anggota di kampung berkenaan, pihak kami mendapati terdapat sebuah rumah ditenggelami air banjir sedalam dua 0.61 meter (dua kaki),” katanya.

Katanya, operasi pemantauan akan diteruskan malam ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: