Menu MRSM tepati panduan kalori KKM

Antara menu yang didakwa menjadi hidangan makan malam pelajar MRSM bagi menggantikan nasi.
Antara menu yang didakwa menjadi hidangan makan malam pelajar MRSM bagi menggantikan nasi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiap menu yang disediakan kepada pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menepati panduan kalori yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) dalam satu kenyataan berkata, panduan tersebut menetapkan 2,080 hingga 2,300 kalori bagi hidangan makanan sebanyak lima kali sehari.

"Menu makanan tengah hari adalah berasaskan nasi manakala menu makan malam dipelbagaikan.

"Sebagai contoh, menu minggu pertama pada hari Isnin dengan makan malam berasaskan menu bukan nasi mengandungi jumlah kalori sebanyak 2,370 sehari.

"Selasa jumlah kalori adalah 2,240, Rabu (makan malam menu nasi) jumlah kalori adalah 2,470, dan Khamis adalah 2,320 jumlah kalori.

"Jumaat, Sabtu dan Ahad (makan malam menu nasi) masing-masing 2,330, 2,360 serta 2,340 jumlah kalori," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihaknya yakin penyediaan menu MRSM adalah sesuai dan seimbang dalam aspek kesihatan serta khasiat kepada pelajar.

"Walau bagaimanapun, MARA sentiasa berusaha mengambil tindakan penambahbaikan menu makanan berdasarkan keperluan semasa dengan mengekalkan keperluan kalori serta mengelakkan masalah obesiti dalam kalangan pelajar," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Wajarkah spageti, mi goreng, mi rebus menu makan malam di MRSM?

Sebelum ini, seorang bapa kepada pelajar di sebuah MRSM di negeri mempersoalkan mengenai perubahan menu makan malam yang dikatakan telah dilaksanakan di MRSM seluruh negara bermula sejak lebih sebulan lalu.

Menu seperti spageti, mi goreng dan mi rebus menjadi antara menu utama bagi menggantikan nasi sebagai menu makan malam disifatkan sebagai tidak wajar dan turut memberikan kesan terhadap pembelajaran anak-anak kerana didakwa tidak mendapat khasiat yang cukup.

Bapa pelajar yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa, sebelum perubahan itu dibuat, pelajar MRSM disediakan nasi berlauk sebagai menu makan malam pada setiap malam, tujuh kali seminggu.