9 daerah di Selangor diramal banjir

A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Sembilan daerah Selangor diramal berisiko dilanda banjir kilat ekoran kadar taburan hujan yang direkodkan agak tinggi sehingga akhir tahun ini.

Unit Pengurusan Bencana Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan purata hujan bagi Oktober diramal antara 240 millimeter (mm) hingga 360mm.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan tinjauan jangka panjang taburan hujan yang dilakukan METMalaysia, purata hujan bagi bulan November pula diramal antara 250mm hingga 370mm dan Disember antara 200mm-300mm.

“Jangkaan hujan bulanan yang tinggi ini akan menyebabkan kejadian banjir kilat di sembilan daerah.

“Kerajaan Negeri Selangor menasihatkan penduduk di kawasan yang berisiko mengalami banjir dan banjir kilat untuk mengambil langkah persediaan dan mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan kerajaan Selangor telah mengarahkan tindakan persediaan oleh semua agensi terlibat.

Menurutnya, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, pihak berkuasa keselamatan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah melaksanakan persediaan awal sekiranya berlaku banjir kilat, banjir, tanah runtuh, ribut dan lain-lain kesan akibat bencana alam.

Artikel Berkaitan: