Dua maut, dua cedera insiden tembakan di Chicago

Insiden tembakan berlaku di Hospital Mercy Chicago, semalam. - Foto CNN
Insiden tembakan berlaku di Hospital Mercy Chicago, semalam. - Foto CNN
A
A
A
CHICAGO - AMERIKA SYARIKAT. Dua maut manakala dua lagi dilaporkan cedera dalam insiden tembakan di sebuah hospital di Chicago semalam.

Antara terbunuh ialah penyerang yang memulakan tembakan di tempat letak kenderaan dan menyerbu bahagian selatan Hospital Mercy lalu melepaskan tembakan.

Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan bahawa pegawai polis adalah antara yang cedera kritikal dalam kejadian terbabit.

Saksi kejadian berkata, tembakan bermula di tempat letak kenderaan sebelum bergerak ke kawasan klinik di dalam hospital.

Jurucakap Jabatan Polis Chicago, Anthony Guglielmi memaklumkan, pihaknya menggeledah hospital susulan insiden berkenaan.
Artikel Berkaitan:


Setakat ini, polis tidak memberi kenyataan mengenai motif kejadian. — Reuters