Minyak tumpah, tiga kenderaan terbabas di Lebuhraya Karak

Rakaman video yang tular menunjukkan pemandu kereta terpaksa memberhentikan kenderaan masing-masing akibat tumpahan minyak di Lebuhraya Karak malam tadi.
Rakaman video yang tular menunjukkan pemandu kereta terpaksa memberhentikan kenderaan masing-masing akibat tumpahan minyak di Lebuhraya Karak malam tadi.
A
A
A

GOMBAK - Tiga kenderaan termasuk sebuah lori satu tan terbabas akibat tumpahan minyak di Kilometer 35.7 Lebuhraya Karak berhampiran Kampung Sungai Chin Chin di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada jam 10.55 malam.

Menurutnya, enam anggota bomba dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Menurut komander operasi, berlaku tumpahan minyak di atas jalan raya yang menyebabkan sebuah lori dan dua kereta jenis Perodua Alza dan Myvi terbabas.

"Kerja-kerja pembersihan minyak dilakukan oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak konsesi lebuh raya," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Hafisham berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Terdahulu, tular satu rakaman video menunjukkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya berkenaan dari arah Bentong menghala Kuala Lumpur.

Perakam video berdurasi 32 saat itu memaklumkan beberapa buah kenderaan terperangkap di laluan itu dan pemandu terpaksa memberhentikan kenderaan berikutan bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

Artikel Berkaitan:

Rakaman video itu turut menunjukkan sebuah treler melintang di tengah lebuh raya manakala kenderaan lain berhenti dipercayai menunggu kerja pembersihan minyak dilakukan.