LTTE: Gesa tindakan tegas terhadap pihak ganggu siasatan polis

Muzzammil Ismail
Muzzammil Ismail
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Mana-mana pihak yang cuba mengganggu siasatan polis berhubung isu pengganas Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE) wajar diambil tindakan tegas.

Exco Armada Nasional Bersatu, Muzzammil Ismail berkata, pihak terbabit cuba melanggar kedaulatan undang-undang melalui campur tangan politik.

“LTTE adalah pengganas dan tentu sekali perkara ini memberi risiko keselamatan dan kestabilan kepada rakyat Malaysia.

“Hari ini isu-isu perkauman yang menggugat keharmonian masyarakat semakin ditekan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy yang mendesak pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik kerana dikaitkan dengan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) adalah suatu cubaan untuk mengalihkan isu sebenar.

“Kepada mana-mana pemimpin yang mahu menjadi sebahagian LTTE, sila keluar dari Malaysia dan jadi pemberontak di Sri Lanka.

“Bukan di tanah air yang penuh dengan keamanan dan kemakmuran ini. Malaysia bukan hub atau pusat transit LTTE,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN LTTE: Polis ada bukti sebelum lakukan tangkapan

Polis terus siasat pemimpin DAP terlibat LTTE


Artikel Berkaitan: