China pengeluar terbesar vape dunia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sejak beberapa tahun lalu, rokok elektronik (e-rokok) atau lebih dikenali sebagai vape mula berada di pasaran.

Vape kemudiannya terus menjadi begitu popular dalam kalangan rakyat di negara ini, khususnya golongan perokok yang kononnya mahu berhenti merokok.

Ini berikutan dakwaan yang mengatakan vape sebagai alternatif yang selamat bagi menggantikan rokok sedia ada.

Vape juga dilihat sebagai gaya hidup terkini bagi rakyat Malaysia hinggakan mereka yang tidak merokok pun ingin mencubanya.

Selain mudah untuk diperoleh, vape juga boleh dijual dengan kadar harga yang berpatutan.

Oleh itu tidak hairanlah apabila kita boleh melihat ramai rakyat Malaysia menghisap vape di mana-mana sahaja.

Berdasarkan laporan, hampir 90 peratus perokok biasa di negara ini mula beralih kepada vape sejak ia mula popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun pada 22 Disember 2015 lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa penggunaan vape adalah haram.

Artikel Berkaitan:

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh menerusi Pengerusinya, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada sidang media sempena Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia di Sepang.

Sebenarnya sebanyak 25 negara di seluruh negara yang turut mengharamkan vape dan mengenakan hukuman yang berat atas kesalahan yang berkaitan dengannya.

Sebagai contoh, sekiranya anda ditahan kerana membawa atau menggunakan rokok elektronik di Singapura, anda mungkin bakal dikenakan denda sehingga RM15,000.

Anda juga juga berdepan hukuman penjara 10 tahun di Thailand dan di Filipina (empat bulan penjara).

Pada September lalu sumber kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kewujudan 530 kes dan tujuh kematian akibat penyakit paru-paru yang diakibatkan tabiat menghisap vape.

Jumlah berkenaan dilaporkan semakin meningkat dan pihak berkuasa kesihatan di sana menemui lebih banyak kematian dan penyakit yang berkait dengan vape.

Sementara itu China mempunyai rangkaian industri vape yang paling lengkap di dunia.

Ia boleh dibahagikan kepada pembekal bahan bakar bateri (bateri, bateri, litar kawalan), pembekal bahan mentah (plastik, kaca, perkakasan, pemanas pemanas) dan bahan mentah mentah minyak tembakau.

Berdasarkan analisis pasaran vape di China pada 2018, negara berkenaan didapati mengeluarkan lebih daripada 90 peratus rokok elektronik (vape) di dunia.

Daripada perspektif bagi pasaran eksport, pasaran Eropah dan Amerika Syarikat menyumbang sebanyak 83.7 peratus daripada bahagian eksport.